Site icon Kursus Kahwin Danau Kota

12 Soalan Lazim Kursus Kahwin (FAQ)

Soalan Lazim Kursus Kahwin (FAQ Kursus Perkahwinan)

Selamat datang ke halaman Soalan Lazim Kursus Kahwin kami!

Di sini, kami akan menjawab kemusykilan atau soalan lazim kursus kahwin yang sering ditanyakan oleh pasangan atau bakal pengantin. Mohon anda membaca penerangan ini hingga akhir untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan mengenai kursus pra perkahwinan ini.

Para peserta di Danau Kota tak lepaskan peluang terus bertanya penceramah atau pakar kami jika ada kemusykilan atau masalah dalam permohonan kebenaran berkahwin. Beliau (Ustaz Zaki) juga merupakan Imam Jurunikah (Tok Kadi) kawasan Wilayah Persekutuan.

1. Apa itu Kursus Kahwin dan Kenapa Ia Wajib?

Kursus kahwin adalah program yang diwajibkan oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia bagi pasangan Muslim yang ingin berkahwin. Kursus ini bertujuan memberikan panduan dan pengetahuan asas tentang kehidupan perkahwinan, termasuk hak dan tanggungjawab suami isteri, pengurusan kewangan, dan komunikasi berkesan dalam rumah tangga.

2. Siapa yang Perlu Menghadiri Kursus Kahwin?

Kursus kahwin wajib dihadiri oleh semua pasangan Muslim yang ingin berkahwin di Malaysia. Ia merupakan syarat wajib yang mesti dipenuhi sebelum anda boleh mendapatkan memohon kebenaran berkahwin kebenaran daripada Jabatan Agama Islam.

3. Bagaimana Cara Mendaftar Kursus Kahwin?

Anda boleh mendaftar untuk kursus kahwin secara online (untuk kursus di danau Kota, ianya semudah WhatsApp sahaja) atau hadir di pejabat penganjur kursus yang diiktiraf. Anda perlu melayari laman web rasmi penyedia kursus kahwin, memilih tarikh dan lokasi yang sesuai. Lengkapkan borang kursus kahwin (daftar) dengan maklumat peribadi yang diperlukan. Selepas itu, anda boleh jelaskan bayaran yuran mengikut kaedah yang disediakan di laman web tersebut. Untuk kursus perkahwinan di Danau Kota, anda boleh jelaskan bayaran yuran pada hari anda hadir ke kursus nanti.

4. Berapakah Kos Kursus Kahwin?

Kos kursus kahwin biasanya berbeza mengikut negeri dan penyedia kursus. Bagi Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), yuran yang telah tetapkan oleh pihak JAWI adalah RM120 untuk setiap peserta. Ianya sudah termasuk caj makan minum sepanjang kursus berlangsung, sijil kursus kahwin, buku Gerbang Perkahwinan penceramah serta kemudahan lain yang disediakan.

5. Apa yang Termasuk dalam Modul Kursus Kahwin?

Topik atau modul kursus kahwin yang akan dibincangkan atau diterangkan kepada para peserta merangkumi sepuluh topik wajib yang secara ringkasnya merangkumi:

6. Adakah Kursus Kahwin Boleh Diikuti Secara Online?

Ini adalah salah satu soalan lazim kursus kahwin favourite yang sering ditanya oleh pasangan atau bakal pengantin masa kini. Buat pengetahuan anda, kursus perkahwinan secara online dibenarkan oleh pihak JAWI pada waktu negara kita dilanda wabak Covid-19 dan PKP. Kursus kahwin online menawarkan fleksibiliti kepada pasangan yang tidak dapat menghadiri kursus secara fizikal disebabkan kekangan tersebut (Covid-19 dan PKP). Kini, Kursus kahwin online telah dimansuhkan oleh semua Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia.

7. Di Mana Lokasi Kursus Kahwin Dijalankan?

Kursus kahwin diadakan di pelbagai lokasi di seluruh Malaysia, mengikut pengurusan Jabatan Agama Islam Negeri. Anda boleh memilih lokasi yang paling dekat dan sesuai dengan jadual anda. Bagi pasangan atau bakal pengantin di Kuala Lumpur atau sekitar sempadan Kuala Lumpur-Selangor, kursus kahwin Danau Kota adalah salah satu kemudahan untuk anda.

8. Berapa Lama Tempoh Sah Sijil Kursus Kahwin?

Selain kursus kahwin online, hal sijil kursus kahwin juga merupakan soalan lazim kursus kahwin oleh pasangan atau bakal pengantin. Buat makluman anda, sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh pihak JAWI adalah sah laku untuk tempoh seumur hidup (tiada tarikh luput). Walaupun ada negeri sudah hadkan penggunaan sijil kursus kahwin kepada sepuluh tahun sahaja, pihak JAWI masih kekalkan status sijil kursus kahwin ini dengan status tiada tarikh luput. Bagi anda yang berada di luar Wilayah Persekutuan adalah penting untuk anda check status sijil ini dengan PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) atau JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) masing-masing.

9. Apa yang Perlu Dibawa Semasa Menghadiri Kursus Kahwin?

Untuk kursus kahwin face to face atau fizikal, pastikan anda membawa IC dan satu salinan IC anda sahaja.

10. Bagaimana Cara Mendapatkan Sijil Kursus Kahwin?

Selepas menghadiri sepuluh topik wajib selama 13 jam pembelajaran, anda telah menamatkan kursus dan layak mendapat sijil kursus kahwin. Bagi kursus kahwin JAWI (di bawah Wilayah Persekutuan) sijil kursus kahwin akan siap selepas tiga hari bekerja. Apabila ianya siap dan sudah berada di pejabat Urus Setia, para peserta akan dimaklumkan melalui WhatsApp. Para peserta boleh datang ambil sendiri, atau boleh hantar wakil untuk ambil, atau boleh gunakan khidmat LalaMove atau courier. Sijil ini perlu disimpan dengan baik kerana ia adalah syarat wajib semasa memohon kebenaran berkahwin.

11. Apakah yang Harus Dilakukan Jika Sijil Kursus Kahwin Hilang?

Yang ini juga merupakan soalan lazim kursus kahwin favourite. Jika anda kehilangan sijil kursus kahwin kalau sertai kursus kahwin di kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) segera hubungi Urus Setia atau penganjur kursus untuk reprint sijil yang baru. Anda mungkin perlu menyediakan dokumen sokongan dan membayar yuran pemprosesan untuk mendapatkan sijil gantian.

12. Apakah Langkah-Langkah Seterusnya Selepas Menghadiri Kursus Kahwin?

Seperti yang dipelajari sewaktu kursus, selepas menghadiri kursus kahwin dan mendapatkan sijil, anda perlu sediakan dokumen sokongan, isi permohonan secara online dan melengkapkan borang permohonan kelulusan berkahwin. Ini termasuk menjalani ujian HIV, mendapatkan pengesahan borang dan dokumen dari Imam Jurunikah kariah anda, hantar dokumen yang telah disahkan ke PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) atau JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri). Seterusnya booking Imam Jurunikah (Tok Kadi) untuk majlis akad nikah. Langkah-langkah ini akan diterangkan dengan jelas sewaktu kursus perkahwinan. FAQ kursus perkahwinan yang ini memang top.

Penutup dan Tip Tambahan

Dengan meneliti soalan lazim kursus kahwin atau FAQ kursus perkahwinan ini dan menghadiri kursus kahwin, anda telah mengambil langkah awal yang penting untuk memastikan kehidupan perkahwinan yang bahagia dan berkat. Pastikan anda merancang dengan baik dan memenuhi semua keperluan yang diperlukan untuk perkahwinan anda.

Webpages Kami yang Lain Untuk Rujukan

Sumber rujukan lain adalah laman web: www.kursuskahwin.net

Exit mobile version