Hotline/Urus Setia 013 4133343

Kursus Kahwin Online – 18 Point Kelebihan Dan Kekurangan Yang Anda Perlu Tahu Berbanding Bersemuka

Kursus kahwin online?

Sebelum Covid-19 melanda negara dan PKP, kita tidak pernah terfikir secara serius bahawa kita terpaksa menggunakan kaedah online sepenuhnya untuk aktiviti-aktiviti penting seperti pembelajaran dan peperiksaan sekolah, mesyuarat, perbincangan, termasuk kursus kahwin online.

Pada masa itu juga, wabak Covid-19 dan PKP juga telah menyebabkan kekangan dan cabaran hebat bagi bakal pengantin yang hendak melangsungkan perkahwinan.

Oleh sebab berkuatkuasanya PKP, pihak Jabatan Agama Islam negeri-negeri di Malaysia telah membenarkan kursus kahwin dianjurkan secara online sepenuhnya. Ianya sebagai satu usaha membantu bakal pengantin untuk melangsungkan perkahwinan.

Dalam fasa tersebut, pihak penganjur kursus perkahwinan dan bakal pengantin telah menjalani satu pengalaman baru iaitu keadah online sepenuhnya.

Bagaimanapun, meskipun kaedah kursus kahwin secara online adalah kaedah yang terbaik pada masa itu, terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan yang boleh dipelajari oleh semua pihak terlibat. Ianya boleh dijadikan asas kepada penambahbaikan pada masa akan datang.

Secara ringkasnya, kedua-dua kaedah online dan bersemuka ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Kalaulah ditakdirkan pada masa akan datang anda diberi kebenaran memilih antara kaedah online atau bersemuka – yang mana satukah yang jadi pilihan anda?

Untuk itu, jom kita lihat perbandingan antara dua pilihan ini.

Kursus Kahwin Online

Kelebihan

kursus kahwin online

1. Penjimatan masa.

Salah satu kelebihan terbesar kursus kahwin online adalah penjimatan masa. Anda kena ambil masa untuk drive atau menunggu kenderaan awam untuk hadir ke tempat kursus jika kursus bersemuka. Sebaliknya anda boleh sertai semua topik-topik (modul-modul) kursus pada masa yang telah ditetapkan secara online sahaja – dari rumah atau tempat kerja anda. Malah ianya sangat bermanfaat untuk pasangan atau mereka yang tinggal di kawasan yang jauh dari pusat kursus kahwin.

2. Keselesaan di Rumah

Kursus kahwin online membolehkan anda menyertai kursus dengan keselesaan rumah sendiri. Tiada tekanan untuk menghadapi kesesakan lalu lintas. Anda juga boleh menyelesaikan kursus ini tanpa perlu ke mana-mana. Rehat, makan dan solat dari rumah sahaja.

3. Kos Efektif

Biasanya, yuran kursus kahwin online cenderung lebih murah berbanding kursus bersemuka. Ini kerana tiada kos lain yang terlibat seperti: penganjur tak perlu sediakan makan minum sepanjang waktu kursus.

Jadi, ianya lebih menjimatkan wang anda.

4. Mudah Diakses

Kursus kahwin online boleh diakses dari mana-mana tempat sahaja selagi anda mempunyai sambungan internet. Malah, ianya juga sangat berguna bagi pasangan yang tinggal di luar negara atau di kawasan pedalaman di mana pusat kursus mungkin sukar diakses.

Sebagai contoh kes sebenar: terdapat beberapa pelajar Malaysia dan rakyat Malaysia belajar di Germany, Mesir dan UK. Dengan adanya kursus online ini, merekatelah dapat menyelesaikan kursus kahwin online mereka bersama pusat kursus kahwin Danau Kota.

Kekurangan

1. Penganjur dan Para Peserta Kursus Perlu Bersedia 7 Hari Sebelum Hari Kursus Kahwin Online Berlangsung

Buat pengetahuan anda, kursus kahwin online akan berlangsung menggunakan apps komunikasi seperti Google Meet, atau Microsoft Teams, ataupun Zoom.

apps kursus pra perkahwinan
Apps Zoom, Microsoft Teams dan Google Meet

Bagi pengguna internet bukan broadband (jalur lebar), peserta mesti membeli dan menyediakan sekurang-kurangnya 2Gb data. Ianya bagi sepanjang 13 jam kursus atau 1 hari setengah.

Oleh sebab ramai bakal peserta yang masih belum tahu atau belum biasa cara menggunakannya apps kominukasi ini, pihak kursus kahwin Danau Kota perlu kumpulkan mereka dalam WhatsApp group atau Telegram group. Ianya untuk menerangkan proses kursus seperti cara download apps, cara mendaftar apps, fungsi serta cara menggunakan apps. Termasuk fungsi chat, on off suara dan gambar atau cara angkat tangan dalam apps tersebut.

Sepanjang 7 hari tersebut, pihak penganjur kursus melakukan sesi soal jawab, selesaikan masalah teknikal apps yang dihadapi oleh para peserta serta sesi test komunikasi antara pihak penganjur kursus dan para peserta.

Pada masa yang sama juga, pihak penganjur terpaksa memberi peringatan berulang kali kepada para peserta tentang: adakah para peserta sudah membuat persediaan mengikut checklist yang telah diberikan oleh pihak penganjur kursus.

Bagaimanapun, dari pengalaman pihak kursus kahwin Danau Kota, hampir 70% dari para peserta bersedia secara last minute walaupun peringatan telah diberikan berulang-ulang kali.

Malah ada yang peserta yang cuba download apps, data tak cukup, buat komunikasi trial and error dengan pelbagai masalah teknikal pada pagi hari kursus kahwin online berlangsung.

Juga, walaupun pusat kursus kahwin Danau Kota menggunakan line telekomunikasi yang bagus iaitu broadband (jalur lebar) untuk sesi kursus yang jelas, terdapat peserta-peserta yang menghadapi masalah line, coverage atau network dari tempat mereka sewaktu kursus berlangsung.

2. Gangguan Line Telekomunikasi, Network atau Coverage

Keadaan ini berlaku terutama bagi peserta yang tinggal di luar dari kawasan bandar. Biasanya di tempat-tempat sebegini, line atau network kurang stabil.

Tidak kurang juga: line atau network terputus-putus malah terputus terus apabila berlakunya hujan lebat atau angin kuat di tempat peserta kursus.

3. Wajah Para Peserta Mesti Ada Atau Mesti Terpapar Pada Screen Sepanjang Waktu Kursus Berlangsung

daftar kursus kahwin
Pemantauan sesi kursus kahwin online oleh salah seorang Urus Setia kami, Abang Pian

Sepanjang kursus pra perkahwinan online berlangsung, sesi tersebut dipantau oleh Urus Setia dan pegawai-pegawai dari JAWI.

Pemantauan dibuat untuk beberapa perkara termasuk memastikan wajah para peserta terpapar sepanjang waktu kursus berlangsung.

Dengan mematuhi peraturan ini barulah peserta kursus layak untuk menerima sijil kursus kahwin.

Perkara sebegini merupakan cabaran besar kepada pihak penganjur kursus dan pegawai JAWI untuk memastikan para peserta menjalani semua 10 topik (modul) wajib yang telah ditetapkan.

Nota: para peserta boleh memaklumkan atau chat kalau perlu ke bilik air atau kalau ada keperluan lain yang dibenarkan.

4. Potensi Berlaku Penipuan

Oleh sebab kursus ini dijalankan secara online dengan jumlah sehingga 150 orang peserta bagi setiap sesi, terdapat potensi berlakunya penipuan.

Salah satu darinya adalah peserta menggunakan orang lain bagi menggantikan dirinya untuk sesi kursus 13 jam ini.

5. Masa yang Terhad Untuk Para Peserta Bertanya

Berbanding dengan kursus bersemuka, dengan berlakunya gangguan line atau gangguan perkara-perkara teknikal, para penceramah mungkin hanya sempat menjawab beberapa soalan sahaja dari para peserta.

Sukar untuk penceramah menjawab semua soalan dalam masa kursus kahwin online kerana batasan masa penceramah untuk setiap topik (modul).

6. Cepat Hilang Fokus Terhadap Screen Pembelajaran

Untuk layak menerima sijil kursus kahwin, setiap peserta kursus kahwin online mesti mengikuti 10 topik wajib (modul wajib) selama 13 jam.

Pasa masa yang sama, memandang screen pembelajaran pada handphone, laptop atau komputer dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan seseorang peserta hilang fokus.

Tambahan pula jika peserta kursus nampak notifikasi dari WhatsApp, Telegram, e-mail atau call yang masuk ke line atau talian mereka sewaktu kursus sedang berlangsung.

Jadi, anda perlu ada disiplin dan kemahuan yang kuat untuk kekal fokus pada screen pembelajaran kursus kahwin online tanpa hiraukan notifikasi-notifikasi tersebut.

Kursus Kahwin Bersemuka

Kelebihan

kursus kahwin 2025

1. Interaksi Sosial

Walaupun kursus kahwin online menawarkan banyak kelebihan, kursus kahwin bersemuka menawarkan peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan penceramah dan peserta lain.

Ianya memberikan peluang kepada peserta untuk bertanya soalan secara terus dan mendapat penerangan dengan lebih jelas daripada penceramah.

Ianya amat penting jika peserta ada halangan, kekangan atau masalah yang memerlukan solusi segera – terutama dalam hal memohon kebenaran berkahwin.

Paling penting, peserta boleh dapatkan nombor handphone penceramah supaya mereka masih dapat menghubungi penceramah bertanyakan soalan, minta bantuan, pandangan atau solusi walaupun selepas kursus tamat. Ini menjadi amalan lazim di pusat kursus kahwin Danau Kota.

Selain itu, peserta juga boleh membina jaringan sosial dan berbincang hal ehwal persiapan perkahwinan dengan pasangan lain yang juga sedang membuat persiapan perkahwinan.

2. Pemahaman yang Lebih Mendalam

Bagi kebanyakan peserta kursus, menghadiri kursus kahwin bersemuka memberikan pemahaman yang lebih jelas.

Penyampaian langsung daripada penceramah, perbincangan dan simulasi masalah perkahwinan boleh memberikan pemahaman yang lebih mendalam.

3. Lebih Disiplin dan Lebih Fokus

Menghadiri kursus kahwin secara bersemuka boleh membantu anda lebih fokus dan berdisiplin.

Di dalam kelas, anda dikelilingi oleh tenaga pengajar dan rakan-rakan kursus yang sama-sama memberi tumpuan pada topik yang dibincangkan.

Ini mungkin sukar dicapai jika anda mengikuti kursus secara online di rumah secara berseorangan. Malah peserta mungkin terganggu oleh banyak faktor-faktor di sekeliling mereka sama ada di rumah atau di tempat kerja. Malah gangguan mungkin datang dari screen peserta sendiri.

Contohnya: notifikasi dari WhatsApp, Telegram, e-mail atau call yang masuk ke talian peserta boleh mengganggu fokus peserta pada screen pembelajaran.

4. Kenal Urus Setia Pusat Kursus Kahwin Untuk Urusan Selepas Kursus Tamat

Ini adalah satu perkara yang amat penting setelah kursus kahwin tamat.

Dengan hadiri sendiri ke kursus pra perkahwinan, selain kenal dengan para penceramah, anda juga boleh kenal Urus Setia sesebuah pusat kursus perkahwinan.

Ianya penting untuk memudahkan anda sewaktu anda nak ambil sijil kursus kahwin. Malah jika sijil kursus kahwin rosak atau hilang. Jadi peserta dah tahu dengan siapa mereka boleh berhubung untuk selesaikan masalah ini.

Bagi pusat kursus Danau Kota: peserta boleh hubungi Hotline/Urus Setia melalui link WhatsApp ini: https://kursuskahwindanaukota.wasap.my.

Insya-Allah, Hotline/Urus Setia akan bantu.

Kekurangan

1. Memakan Lebih Masa

Peserta perlu rancang untuk bertolak dan sampai ke pusat kursus mengikut masa yang telah ditetapkan. Ianya untuk pendaftaran, bersarapan yang disediakan di kursus kahwin Danau Kota, dengar sesi taklimat dan seterusnya sesi ceramah.

Peserta juga perlu bersiap dan bertolak lebih awal untuk mengelakkan traffic jam yang mungkin boleh berlaku walaupun pada hari hujung minggu. Lumrah kawasan Kuala Lumpur atau Selangor yang sering berlaku kesesakan terutama jika adanya apa-apa perayaan atau acara.

Begitulah juga bagi hari kursus kahwin hari bekerja, kursus kahwin Rabu dan Khamis atau kursus kahwin weekdays yang juga dianjurkan oleh kursus kahwin Danau Kota. Ianya dianjurkan sekali sebulan dengan kebenaran dari pihak JAWI.

2. Perlu Lebih Masa Mencari Lokasi Pusat Kursus

Bagi anda yang kurang biasa dengan selok-belok jalan raya di Kuala Lumpur, anda perlu menggunakan Waze atau Google Maps untuk sampai ke sesebuah pusat kursus.

Ada kalanya, lokasi sesuatu pusat kursus tidak ditunjukkan dengan tepat dalam Waze atau Google Maps.

3. Parking

Mencari parking bukanlah suatu perkara yang mudah dan murah di kawasan Kuala Lumpur.

Kecuali jika pusat kursus tersebut terletak di kawasan yang luas, lapang atau banyak tempat parking.

Alhamdullillah. Di pusat kursus Danau Kota, parking tidak menjadi masalah kerana di sekeliling pusat kursus Danau Kota, terdapat parking yang banyak dan luas.

4. Kekurangan Kemudahan Seperti Kedai Runcit, Stesen Minyak, Mesin ATM

Untuk memudahkan dan menjimatkan masa dan tenaga anda, pastikan pusat kursus mempunyai banyak kemudahan seperti kedai runcit, kedai makan, stesen minyak dan mesin ATM.

Kemudahan-kemudahan ini penting terutama kalau anda perlu mendapatkan wang tunai untuk keperluan anda.

Alhamdullillah sekali lagi kerana pusat kursus Danau Kota mempunyai kemudahan-kemudahan sebegini.

Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, para peserta kursus dapat beri tumpuan kepada pembelajaran ilmu rumah tangga dan perkahwinan sebaik mungkin.

Mana Satu Pilihan Terbaik Untuk Anda?

Walaupun kursus kahwin online telah dimansuhkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia selepas fasa Covid, masih terdapat ramai muda mudi, pasangan dan bakal pengantin yang bertanyakan kursus secara online.

Ini kerana terdapat keperluan pada masa kini bagi muda mudi, pasangan atau bakal pengantin yang sukar luangkan masa untuk hadir secara bersemuka.

Contohnya bakal pengantin yang berada jauh dari pusat kursus kahwin di negeri mereka. Dan juga bagi mereka yang belajar atau menetap di luar negara.

Dengan adanya pilihan kursus online, ianya dapat membantu menyelesaikan masalah kehadiran mereka secara fizikal.

Walaupun kursus kahwin bersemuka (face to face) adalah kaedah terbaik pada masa ini untuk memberi kefahaman yang jelas tentang ilmu rumah tangga dan perkahwinan, kita mungkin tidak dapat menolak penggunaan kaedah online ini pada masa akan datang.

Ianya mungkin didorong oleh faktor-faktor perubahan teknologi, jarak tempat tinggal, wabak penyakit atau kekangan muda mudi, pasangan atau bakal pengantin itu sendiri.

Untuk persediaan pada masa akan datang, diharapkan pihak Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan JAKIM dapat membuat kajian lanjut tentang proses, pengawalan, penambaikan serta sama ada kursus secara online boleh dijadikan alternatif, gabungan atau penggunaan sewaktu kes kecemasan.

Daftar Kursus Kahwin

kursus kahwin

Bagi anda yang mungkin tercari-cari kursus kahwin di kawasan Kuala Lumpur (Setapak, berdekatan Gombak, Wangsa Maju, Batu Caves, Sentul, Selayang, Kepong). kursus kahwin Danau Kota sediakan berikan khidmat terbaik.

Sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI ini tiada tarikh luput, sah laku digunakan untuk permohonan kebenaran berkahwin di semua Jabatan Agama Islam negeri seluruh Malaysia.

Kursus kahwin di sini hanya satu hari setengah sahaja dan semudah duduk dan dengar sahaja (tanpa sebarang ujian).

Untuk maklumat terperinci tentang kursus kahwin, anda boleh ke www.kursuskahwin.net.

Atau anda boleh hubungi Hotline/Urus Setia di 013 4133343 (atau klik link WhatsApp ini: https://kursuskahwindanaukota.wasap.my)

Pages Info

Boleh booking @ daftar dulu; yuran boleh dijelaskan pada hari hadir kursus kahwin.

X