Kursus Kahwin Kuala Lumpur – Pusat Kursus Kahwin Danau Kota
- Kursus Kahwin Kuala Lumpur – Pusat Kursus Kahwin Danau Kota
- Kenapa Pilih Kursus Kahwin Danau Kota, Kuala Lumpur?
- Jadual dan Waktu Kursus
- Lokasi Kursus Kahwin Kuala Lumpur – Danau Kota
- Topik-Topik yang Diajarkan
- Cara Daftar Kursus Kahwin
- Sediakan Satu Salinan IC Sebelum Hadir Ke Kursus Perkahwinan
- Pembayaran
- Cara Berpakaian Sewaktu Hadir Kursus
- Kemudahan Yang Disediakan
- Webpages Lain Untuk Rujukan
Selamat datang ke laman rasmi Kursus Kahwin Danau Kota, Kuala Lumpur.
Jika anda sedang mencari kursus kahwin di KL yang lengkap, sah, bertauliah (permit) dari JAWI – anda berada di tempat yang tepat. Kami menyediakan kursus perkahwinan yang diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam dan menawarkan pembelajaran yang menyeluruh bagi bakal pengantin.

Kenapa Pilih Kursus Kahwin Danau Kota, Kuala Lumpur?
- Lokasi Strategik di Kuala Lumpur (KL):
Kursus Kahwin Danau Kota terletak di lokasi yang mudah diakses di Kuala Lumpur – sangat berdekatan dengan shopping complex Setapak Sentral, di sebelah stesen minyak Shell dan Petronas Danau Kota, di sebelah Speed Mart Danau Kota dan di sebelah tapak Uptown Danau Kota – menjadikannya pilihan utama bagi pasangan yang mencari kursus kahwin di KL. Dengan kemudahan pengangkutan awam yang dekat iaitu 5 ke 10 minit sahaja dari LRT Taman Melati, anda tidak perlu risau tentang kesulitan untuk hadir. - Yuran Berpatutan:
Yuran kursus kahwin yang sama yang ditetapkan oleh JAWI sejak bertahun-tahun lamanya. Yuran ini sudah termasuk caj 3 kali makan-makan sepanjang kursus kahwin berlangsung, caj sijil kursus kahwin, buku Gerbang Perkahwinan dan lain-lain keperluan tanpa sebarang caj tambahan. Dengan yuran yang berpatutan ini (RM120 untuk setiap peserta), anda akan mendapat pembelajaran berkualiti tanpa membebankan. - Tenaga Pengajar Berpengalaman:
Kami mempunyai tenaga pengajar iaitu penceramah atau pakar yang berpengalaman dan bertauliah dalam bidang perkahwinan, yang akan membimbing anda sepanjang kursus ini dengan topik-topik yang relevan dan penting untuk mempersiapkan anda menghadapi alam perkahwinan. Malah ada penceramah atau pakar kami yang juga bertugas sebagai pegawai JAWI dan Imam Juru Nikah (Tok Kadi). Jadi, banyak masalah para peserta dapat dirungkaikan dan diberi solusi mengikut pengetahuan, pengalaman dan kepakaran penceramah atau pakar. - Sijil Kursus Kahwin Sah Laku Digunakan Seluruh Malaysia: Sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI ini sah laku untuk digunakan di semua PAID (Pejabat Agama Islam Daerah) dan JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri) seluruh Malaysia.
- Sijil Kursus Kahwin Tiada Tarikh Luput: Sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI ini juga tiada expiry date dan sah laku seumur hidup sebagai dokumen mesti ada sewaktu bakal pengantin buat permohonan kebenaran berkahwin di PAID atau JAIN.
Jadual dan Waktu Kursus
Kursus Kahwin Kuala Lumpur – Danau Kota diadakan setiap minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
Manakala sekali sebulan, pusat kursus kahwin Danau Kota dibenarkan mengemukakan tarikh cadangan kepada JAWI untuk membuat penganjuran kursus kahwin hari bekerja (kursus kahwin Rabu dan Khamis).
Tarikh terkini kursus kahwin Kuala Lumpur di Danau Kota:

Jadual waktu kursus adalah seperti berikut:
Waktu atau aturcaranya sebegini:
- Sabtu (hari 1)
- 8 pagi: ambil file, buku dan sarapan
- 8.50 – 9 pagi: taklimat
- 9 pagi – 6.30 petang: kursus berlangsung
- 6.30 petang: para peserta bersurai
(ada break antara topik, waktu rehat dan makan 1-2 tengahari dan waktu solat Asar)
- Ahad (hari 2)
- 8.30 pagi – 2.30 petang
- 2.30 petang: kursus TAMAT
Hari Sabtu: 9.00 pagi – 5.00 petang
Hari Ahad: 9.00 pagi – 5.00 petang
Kursus kahwin Kuala Lumpur – Danau Kota ini berlangsung selama satu setengah hari sahaja dan merangkumi semua modul yang diperlukan untuk mendapatkan sijil perkahwinan yang sah.
Waktu dan aturcara yang sama juga bagi kursus kahwin hari bekerja (kursus kahwin Rabu dan Khamis).
Lokasi Kursus Kahwin Kuala Lumpur – Danau Kota
Alamat tepat:
Kursus Kahwin Danau Kota
33-1 (Tingkat 1) Medan Selera Danau Kota, Jalan 3A/6 Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur
Kalau anda menggunakan Waze atau Google Maps, anda hanya perlu taip “kursus kahwin Danau Kota”.
Untuk panduan lain, kami berada di lokasi yang mudah diakses dari pelbagai kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor. Lihat peta lokasi di bawah untuk panduan perjalanan anda.

Topik-Topik yang Diajarkan
Untuk layak dapat sijil kursus kahwin, bakal pengantin hanya perlu duduk dan dengar sahaja sepuluh topik perbincangan selama 13 jam (satu setengah hari).
Walaupun ada ura-ura tentang perlaksanaan ujian kefahaman terhadap peserta kursus kahwin, sehingga kini ujian masih belum dilaksanakan.
Jadi, sewaktu kursus pra perkahwinan ini berlangsung, anda hanya perlu buka minda, berbincang dan kemukakan apa-apa pertanyaan atau masalah yang anda hadapi kepada pakar atau penceramah (jika ada).
Dalam kursus kahwin Kuala Lumpur – Danau Kota ini, anda akan mempelajari sepuluh topik wajib dan penting seperti:
- Prosedur perkahwinan (hukum, proses dan cara memohon kebenaran berkahwin)
- Tasawwur Islam
- Perkahwinan
- Tanggungjawab suami isteri
- Komunikasi suami isteri
- Pengurusan kewangan
- Pengurusan kesihatan
- Pengurusan stress dan konflik
- Pembubaran perkahwinan
- Walimatulurus
Cara Daftar Kursus Kahwin
Untuk booking atau daftar kursus kahwin Kuala Lumpur ini, anda hanya perlu call atau WhatsApp nombor telefon Urus Setia di 013 4133343 dengan klik butang WhatsApp di kanan bawah laman web ini.
Jika anda tak sure tentang cara booking atau daftar kursus kahwin Kuala lumpur – Danau Kota, anda boleh hubungi kami melalui page ini: www.kursuskahwindanaukota.com/hubungi-kursus-kahwin
Sediakan Satu Salinan IC Sebelum Hadir Ke Kursus Perkahwinan
Setelah booking atau pendaftaran telah selesai, Urus Setia akan memberikan maklumat lengkap melalui WhatsApp beberapa hari sebelum kursus kahwin berlangsung. Bawa satu salinan IC dan IC original sewaktu anda hadir ke kursus kahwin Kuala Lumpur – Danau Kota nanti.
Pembayaran
Selain pembayaran yuran secara online, anda juga boleh buat bayaran yuran penuh pada hari anda hadir ke kursus kahwin Kuala Lumpur – Danau Kota.
Jika anda memilih membuat pembayaran yuran di kaunter pada hari kursus, Urus Setia ada menyediakan QR Code untuk memudahkan anda.
Dan jika anda memilih untuk membuat bayaran tunai – anda boleh gunakan mesin ATM yang ada di stesen minyak Shell dan Petronas yang berada di sebelah pusat kursus kami.
Cara Berpakaian Sewaktu Hadir Kursus
Peserta lelaki: kasual dan sopan. Dilarang pakai cap, topi, subang, gelang, rantai atau pakai jeans lusuh.
Peserta perempuan: sopan dan tutup aurat. Wajib bertudung. Paling bagus kalau berbaju kurung atau berjubah. Dilarang pakai seluar dan pakaian ketat.
Kemudahan Yang Disediakan
Terdapat pelbagai kemudahan untuk memastikan keselesaan anda sepanjang mengikuti kursus kahwin:
- Ruang ceramah yang selesa: Tempat duduk yang selesa dan ruang yang berhawa dingin.
- Ruang solat: Kemudahan ruang solat untuk lelaki dan wanita di Medan Selera Danau Kota, di stesen minyak Petronas atau di masjid Ibnu Abbas yang berdekatan.
- Parking: tempat letak kereta yang luas di sekeliling pusat kursus.
- Makanan minum: Kami menyediakan tiga kali makan-makan sepanjang kursus berlangsung.
Hubungi kami hari ini untuk memastikan tempat anda dalam kursus perkahwinan yang bertauliah dan bermakna ini.
Kursus Kahwin Kuala Lumpur atau Kursus Kahwin KL – klik button WhatsApp di kanan bawah laman web untuk booking atau daftar kursus kahwin!
Webpages Lain Untuk Rujukan
- 12 Soalan Lazim Kursus Kahwin (FAQ)
- 50 Tips Atau Panduan Perkahwinan
- Blog
- Cara Daftar Kursus Kahwin
- Hubungi Kursus Kahwin Kami 7 Hari Seminggu
- Testimoni Kursus Kahwin Bekas Peserta
Sumber rujukan lain adalah laman web: www.kursuskahwin.net